Sunday, June 20, 2010

KUNJUNGAN TEMAN LAMAKU.....

ASSALAMUALAIKUM.....lama sungguh lamanku ini tak terusik. Rindu...bukan tak rindu tapi apa kan daya masa tak mengizinkan dan macam-macam halangan.
N3 kali ini setelah lama tak ke udara ialah rasa terharu dan hargai sangat kunjungan sahabat lamaku iaitu Lily dan suaminya abg Lee pada penghujung bulan Mei lepas. Terakhir kami jumpa dulu tak silap pada 3 tahun yang berlalu. Sama-sama pernah bekerja di sebuah Industri elektronik sebagai QA Inspector...hehe zaman tu, zaman bujang lagi. banyak kenangan manis dan pahit kami tempuhi ketika itu. Aku melewati zaman kegawatan ekonomi pada waktu itu dan pulang dari Kedah(setelah 2 tahun belajar di sana). Oleh kerana tiada pekerjaan yang sesuai dan tidak mahu memilih kerja, aku terus terima sahaja kerja di Kampar dan kami mula mengenali.
Sehingga kini persahabatan kami masih akrab dan akan terus berhubung, Insya-Allah!!
Terima kasih atas kunjungan kalian ke teratak kami tempoh hari, tunggu giliran kami menjengah kalian pulak.
Zoom gambar yang sempat kami rakam...zas!!!


*
*
*

Saturday, May 8, 2010

KENANGAN 16 TAHUN DULU MENGUSIK JIWAKU KEMBALI...

Salam kawan-kawan yang sangat kusayangi. Rasa hati begitu terusik dek kenangan 16 tahun dahulu. Sedar tak sedar kita masing-masing telah mempunyai keluarga, ada suami, anak-anak...tapi Zulita masih sorang lagi anaknya dan sedang berusaha kan..Hehe, jangan marah duhai teman. Gambar yang di atas sekali tu..tak silap Hari Raya Puasa kan, dan lokasi ketika itu di rumah sahabat kita Noorzi ( 2 dari kanan) di Kampung Kinta Valley Batu 4 Jalan Tg.Tualang Perak.
Gambar ke 2- Adoi...begitu sayu dan indah untuk dikenang kerana waktu itu kita masing-masing berusia 17 tahun (sweet seven teen). Sayu kerana tidak sangka persahabatn yang terjalin ketika itu adalah sehingga kini dan moga untuk selamanya!! Kita masih terus berhubung dan tidak pernah kenal erti jemu ( hehe ajer ayat..power beb)
Dari kiri: Yanti, Nor, aku, Zulita dan Noorzi (di hadapan)
Lokasi: Kuala Woh, Tapah
Gambar ke 3- Ahaks....rombongan yang kami sertai ke Cameron. E....masa tu best sangat almaklum aku 1st time pergi sana. Dapat pulak pergi dengan member-member satu kepala!!Adoi apa nak kata kan..
*
*
*
*
*
*
*
*
Alahai...kawan-kawan, gambar ni memang manis untuk dikenang sebab apa yer? Dapat bergambar dengan cikgu cute, hehe!
Dari kiri : Yanti, Noorzi, Cikgu.....(lupa la nama), aku, Nor dan Aton.
Apapun kenangan manis itu begitu manis dan indah untuk dikenang selalu.

Friday, April 30, 2010

Giveaway Birthday Present for My Baby from Mama Icha



NAMA : ASNUR NADIHA ATHIRAH BT SUDIRMAN
TARIKH LAHIR : 29.09.2009
UMUR : 7 BULAN
TEMPAT LAHIR : SERI MANJUNG, PERAK
BERAT : 3.43KG ( SKRG 8.4KG)
PANJANG : 49CM (SKRG 70CM)
NAMA IBU : ARMASAIDA BT A.RAHMAN

Assalamualaikum..demam contest lagi ibu ni. Alhamdulillah, anak ibu Athirah dah masuk 7 bulan. Dah pandai apa? Amboi si kecik ibu ni dah pandai duduk tapi tak pandai balance lagi la, tapi kaki dia kuat dah nak berdiri kat sofa...Teringat waktu sarat menunggu masa untuk lahirkan Athirah bulan puasa yang baru lepas..dapat ibu makan pelbagai juadah dulu sebelum bersalin pada date di atas iaitu selepas Aidiilfitri. Memang dalam hati nak sangat date yang cantik untuk lahirkan dia walaupun due date 28.9.2009, tapi tuhan makbulkan impian ibu. Jam 5.06pagi, 29.9.09 lahirlah baby ke 3 ibu!!




Sunday, April 25, 2010

PERGINYA BELIAU UNTUK SELAMANYA......

Assalamualaikum...sayu rasa hati meskipun tiada ikatan tali persaudaraan namun turut terusik hatiku kerana yang telah kembali kepadaNya adalah rakan seperjuangan abahku. Yang juga bapa kepada sahabatku di waktu kecil dahulu. Kami pernah sama-sama tinggal di Berek Polis Tronoh Perak lebih kurang tahun 1980an. Memang aku masih terlalu kecil waktu itu untuk mengingati saat-saat aku diminta olek makcik Bi iaitu ibu kepada sahabatku itu yg ku panggil Wati untuk menemani tidur di rumah mereka apabila abah kami masing-masing terpaksa masuk hutan menjalani latihan polis hutan. Umiku membenarkan kerana dirumah kami, adik lelakiku pula menemani umi. Sedangkan Wati belum mempunyai adik-adik lain. Arwah Pakcik Din atau nama sebenarnya Shamsudin baik orangnya semasa ada hayatnya dulu, cuma dia garang sikit..biasalah orang lelaki dalam usia 20an ketika itu. Dia telah pergi untuk selamanya pada 20.4.2010 yang lalu. Perginya beliau begitu cepat sekali kerana tiada sakit yang teruk dialami melainkan telah lama mengidap kencing manis, akhirnya beliau pergi pun kerana penyakit itu juga. Moga Allah mencucuri rahmat ke atasnya dan sesiapa mengenali beliau Sarjan Shamsudin yang bertugas di IPD Ipoh Perak agar dapat memaafkan kesalahan beliau selama ada hayatnya dan sama-sama kita sedekahkan Al- Fatihah kepada rohnya. Insya-Allah!!


Gambar di atas dipetik dari laman web berkaitan
1956 - 2010

BABY IN BLUE CONTEST


*
*
*
*
*


                                       
Salam...hehe ibu dah giler contest lak kali nih...Apapun bkn untuk sape, untuk anak-anak ibu jugak. Kali ni ada contest lagi dari http://girlperak.blogspot.com/
Nak cari biru semua, gambar camtu tak dek. Pakai baju biru pun jadikla kan..kak cik!!
 NAMA : ASNUR NADIA ZULAIKHA BT SUDIRMAN
UMUR : 2 TAHUN 1 BULAN
KATEGORI : GIRL (A)
NAMA IBU : ARMASAIDA BT A.RAHMAN

1. Mestila jadi flower blog mama saya yea.


2. Copy and paste the banner above and link state Kat Kat sidebar unty / uncle Yea


3. Terbuka pada 2 kategori iaitu kategori GIRL(A) and kategori BOY(B)


4. Upload satu keping gambar anak/anak saudara unty/uncle( sekeping je tau)


5. Umur anak mestila dari 0-3tahun masa gambar di tangkap.


6. Sertakan sekali nama baby,umur And kategori tau.


7. Dah siap wat N3 tinggalkan link di bahagian komen yea unty/uncle


8. Insyaallah mom would mind telling me the winner on May 3, 2010


9. Hanya satu pemenang je akan dipilih bagi setiap kategori


10. Tarikh tutup penyertaan ialah ; 30 April 2010 jam 4 petang

Monday, April 19, 2010

BABY 'S SPECIAL POSE CONTEST


                                     


Contest datang lagi, hehe seronok pulak join contest ni. Cuma tak ada masa je, kali ni ibu luangkan masa join contest untuk anak ibu. Ibu pertaruhkan gambar di bawah. Ada rezeki Alhamdulillah...tapi kalau tak ada pun tak apa. Boleh cari kenalan blogging. Sajalah ibu bagi gambar ni, bkn apa dari tepi lagi nampak pipi tembam dia tuh..masih kecik smua anak ibu gini, dah besar nanti hilangla pipi pau dia tuh..hehe.     

                        

NAMA : ASNUR NADIHA ATHIRAH BT SUDIRMAN
UMUR : 6 BULAN LEBIH
TARIKH LAHIR : 29.9.2009
NAMA IBU : ARMASAIDA BT A.RAHMAN


Syarat2 nya ialah...

 
1. Add kan blog ini dalam blog anda and mesti jadik follower skali yer..


2. Terbuka pd bb berusia 6 bln - 4 tahun sahaja


3. Copy gambar di atas, letakkan kat side bar uols n kene link kan kat entry contest ni ekk..


4. Mesti uploadkan sekeping sahaja gambar pose menarik anak anda and citer sikit nape anda rase pose tuh menarik.. :)

5. Sila nyatakan nama anak, tarikh lahir, nama ibu n emel add ya..


6. Contest bermula dr 26 Mac hingga 25 April 2010 nih, insyaAllah, keputusan akan di keluarkan pada 26 April 2010 nnt ya




7. Yg paling penting, tgglkan entry anda di ruangan comment ya!!

Saturday, April 10, 2010

Selamat dah....kena s_n_t.......

Assalamualaikum...lama tak bersiaran. Hehe bukan ada siapa pun tunggu ye. Ngalahkan Siti Nurhaliza pulak, kalau Tuk Ti lama tak bersiaran yelah orang tercari-cari ye. Sibuk saja sejak akhir-akhir ni. Sibuk dengan anak-anak yang semakin membesar ni, sibuk dengan tugas harian, pejabat. Ah!macam-macam lagi la. Ku lapangkan seketika waktu yang ada ini untuk upload gambar-gambar Athirah yang baru selamat bersunat sebenarnya. Saja ku jadikan kanangan rupa Athirah selepas dah bersunat tu. Kita sebagai ibu ni bukan main risau nak bawa pergi klinik untuk bersunat, dia selamba jer...tak nangis pun. Inilah pertama kali bawa ke klinik pun, sebelum ni guna khidmat bidan kampung je. mak mertua hari-hari bertanya..."dah bawak pegi bersunat kah budak itu?" Akhirnya ku bawalah jugak dalam keadaan risau tu...Tak ada apa pun kan..sikit je potongnya!! Tengoklah gelagat anak kesayangan ibu nih...ketawa besar lagi bila kena acah-acah!!

Ni ubat sapu biasa je..sekali sapu pun dah ok..

Sesampai di rumah terus ambik gambar Thirah...Hah! Gini le muka dia...

Sekali ibu agah dia..nah! Gelak besar dia..Moga anak ibu terus sihat, Amin!!

Alhamdulillah...selamat segala urusan kami.

Sunday, March 28, 2010

ASNUR NADIA ZULAIKHA 2 TAHUN SUDA....

Salam..tiba la giliran ulangtahun Kak cik atau nama sebenarnya seperti di atas. Alhamdulillah!! Pada 22.3.2010 yang lepas, Kami sekeluarga sambut ala kadar, orang gomen lah katakan. Hujung bulan gini..adoi semput. Apapun ada lah sedikit juadah untuk makan kami sekeluarga dan sepupu dorang nih. Jom lah kita roll aksi-aksi budak-budak aktif ni.
*
*
*
Huh tu dia..tak sempat ibu nak cucuh kat lilin, mulut dia dah muncung meniup!! Letih pasang api 2,3 kali. Dia tak peduli..ada api je tiup!!
*
*
*
Tengoklah gaya kak cik kat pangkuan ayahnya. Buat muka hudoh, adoi..acik..Dah 2 tahun ni..makin aktif dia.
*
*
*
Wah...bukan main happy! Gelak besar bila orang nyanyi hepy beday to you! Kakak dia pun support habis..Abang pun tumpang nak tiup jugak lilin tuh..Sebenarnya dia bangga lah tu..bila kita sebut hepy beday to kak cik...hepy beday  to you..............
*
*
*

*
*
*

*
*
*

Wednesday, March 24, 2010

SIAPA SANGKA...SIAPA MENDUGA!!


Salam...Asalnya kami ada jemputan untuk satu majlis perkahwinan. Selesai saja terus ke Ipoh melawat mak saudara yang baru bersalin. Hari foto-foto diambil ialah pada 20hb yang baru berlalu. Dalam hati rasa nak sangat jumpa Nor, kawan yang ditunggu baru balik dari Jepun tu!! Tapi tak mahu berharap sebab tak dapat dihubungi lah pulak. Kawan-kawan yang lain pun try contact tp still same..not in service. On the way balik manjung, saja try singgah Siputeh lah. Rumah mak Nor, ronda ikut lorong rumah Zulita. Gelap je rumah memasing, tunggu lagi dengan harapan ada rezeki jumpa kawan ku sorang nih..Tup-tup....nah lalu lah dorang depan mata sekeluarga. Hak! Siapa sangka...siapa menduga Tuhan bagi rezeki kat kita bila kita ikhlas kan. Hehe apa lagi bergambar lah tanda bukti!! Pada kawan2 yang hubungi Nor tak dapat sebab nset dia tertinggal kat Japan tempat dorang menginap sebelum pulang ke Malaysia. Sekarang pun Nor sedang mencari-cari line 'jalur lebar' yang sangat penting buat masa ini. Tunggu saja dia akan ke udara nanti..tataplah gambar pada 20.3.2010 yang menjadi peristiwa kami.Da......!!!
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
Candid camera....
*
*
*
*

Friday, March 19, 2010

Bapak pulak pulang ke kampung

Salam...awal bulan Januari yang lepas mamak pulang ke kampung halamannya. Kini turn
 bapak yang pulang. Lama jugak bapak di sini, bukan apa...bapak kerja sementara di sini. Bapak senang kerja di sini sebab bidang kerjanya sebagai 'tukang rumah' memang banyak diperlukan di sebelah Semenanjung ni berbanding sebelah Sabah sana.
Tapi apakan daya..tinggal anak2 isteri di sana siapa yang senang hati. Tak apa pak..nanti datang lagi. Apapun 2biji nset jugak dapat bapak bawa balik hasil kerja di sini. Hehe!! Kegemarannya..nset, tak boleh lupa. Datang sini..mesti bapak akan beli, yela sebelah sana mahal sikit kan. Nanti kita akan berjumpa lagi. Ada rezeki tahun ni......nak jugak kami balik Beaufort, doa-doakanlah kami sekeluarga di sini ye. Sepertimana kami di sini sentiasa mendoakan yang terbaik buat mak,bapak dan keluarga di sana.
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

Sunday, March 14, 2010

HARI JADI NOR SAFUHA.......

Pada 10.3.2010 yg baru berlalu adalah hari jadi Nor Safuha yang ke 3 tahun. Safuha ialah ank saudara sebelah suamiku. Jadi spupula dorang nih! Ni jela sorang adik ayahnya yang dah berkeluarga selain ayah. Ku dalam keluarga, sorang je yang baru berkeluarga...yang lain bujang lagi. Kami rapat sejak sama-sama menetap di Lumut. Anak-anak pun rapat sesama dorang. Aku dan adik iparku (Mastini) rapat dan boleh dikatakan satu kepala. Tak ada masalah kami sekeluarga selalu bertandang ke rumah mereka. Jom lah kita roll gambar sempena sambutan kecil Hari Jadi Safuha.
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
 4 sepupu di dalam gambar di atas. Dari kiri, abangnya, kak cik, Safuha dan kakak. Orang punya hari lahir..si kak cik yang nampak sibuk depan kek ye. Hehe!! Gambar di kolum bawah, baba Safuha menyiapkan lilin untuk di cucuk di atas kek. Tak sabar dah dorang ni nak meniup..
*
*
*
*
*
Nah..lilin dah dinyalakan..tengoklah gaya masing-masing. Dah siap meniup, turn memotong pulak! Nah..4orang sekali berebut nak memotong kek.
*
*
*
*
*
Safuha yang menyuap kek ke mulut kak cik dan kakak. Terbalik la gaya dorang ni..Apapun, kak cik tak lepas peluang makan banyak terus...
*
*
*
*
*



Makan malam kami pada malam itu. Lauk biasa-biasa je adik ipar ku masak. Kari ayam, sambal tumis telor, ayam goreng dan kangkung tumis air. Hehe...janji sedap dimakan kami sekeluarga.

Thursday, March 11, 2010

KedaiGambarKami CONTEST






Ada lagi contest...nak cuba lagi, sebenarnya aku masih baru dalam blogger contest. Jadi, ini adalah kali ke 2 cuba memasuki contest. Dapat tau pun Catlina yang masuk dalam chat box blog ku..Dah orang jemput, apalagi sudah tentu ku nak mencuba!! Menang, kalah adat pertandingan.
 KedaiGambarKami menganjurkan contest pada kali ini di bawah blogger KedaiGambarKami dan Aivee Emart. Kedai Gambar tentunya menyediakan khidmat photography.Di bawah adalah maklumat kepada sesiapa yang berminat untuk membuat tempahan melalui KedaiGambarKami.

No. Tel.:
0137449963 (Catlina)
Terma & Syarat-syarat:

* Tempahan hendaklah dibuat sekurang-kurangnya 1 @ 2 minggu sebelum tarikh photoshoot.
*Sesi pada hujung minggu sahaja (Sabtu @ Ahad) kecuali semasa cuti sekolah, boleh dirunding jika ingin photoshoot pada hari Isnin - Jumaat.
*Deposit RM100,2 hari sebelum photoshoot - no akaun Maybank akan diberi melalui email setelah confirm.

*Baki pembayaran boleh dibayar tunai atau online bank in sebelum pengambilan gambar2 yang telah siap.

*Khidmat nasihat percuma sebelum dan semasa sesi fotografi untuk persediaan dari segi tema,pakaian dan pose.Sila hubungi kami!

*Sila beri tempoh masa 2 minggu untuk gambar-gambar anda siap, sebarang kelewatan mohon dimaafkan & amat dikesali.

*Gambar2 yang telah siap adalah self collected (ambil sendiri).Sekiranya khidmat penghantaran diperlukan, caj akan dikenakan akan mengikut mileage.

Gambar tertera di bawah ini pula adalah beberapa produk yang menarik minat ku dalam online shop di bawah Aivee Emart.
*
*
*

Carter's Diaper Bag ~ Keep Me Organized ~ Pink RM75 Aivee's VIPs price RM72 only
*
*
*
Carter's Diaper Bag ~ Keep Me Organized ~ Blue RM75 Aivee's VIPs price RM72 only
*
*
*

16"L x 7.5"W x 11.5"H



**Spacious Carter's duffle bag is embellished with faux leather trim, embroidery and silver-tone teddy bear zipper pulls.
**Adjustable padded shoulder strap and double handles

**Wetproof in all interior & at bottom of the bag. Roomy main compartment with lots of pockets to keep things organized.
**Includes easy-to-clean changing pad, bag for dirty
clothes and a decorative coin purse for Mom. Polyester/vinyl.


*
*

 Red Ruffle 3pairs set Size 0-12M RM25/box

                 Sweet Dots 3pairs set Size 0-12M RM25/box

*
*
Cute Shoelace 3pairs set Size 0-12M RM25/box


Contest rules(read carefully):




1.Add KedaiGambarKami and Aivee Emart in your blog list. DONE


(Tambahkan KedaiGambarKami dan AiVee Emart dlm bloglist anda)


2.Add both of our blogshop banner with link in your entry and your blog side bar. DONE


(Tambahkan kedua2 banner blogshop organizer dan sponsor beserta link dlm entry anda dan dlm side bar)


3.Create a special entry titled KedaiGambarKami-Aivee Emart Best Photo Contest.Put the contest banner above in your entry and your side bar. DONE



(Buat satu entry khas bertajuk KedaiGambarKami-AiVee Emart Best Photo Contest.Letakkan banner contest dlm entry dan side bar)






4.Upload only one(1) best family photo to your entry.Describe the situation of the uploaded photo.Photos taken by professional photographers are not acceptable will be automatically rejected because we want to give fair chances to all participants.There are no limits of people and age for people inside the photo. DONE


(Upload sekeping(1 shj) gambar famili anda yang terbaik/kreatif.Terangkan suasana dlm gmbr.Gambar yang diambil oleh jurugambar pro tidak dibenarkan.Tiada had bilangan dan umur orang di dalam gambar.)






5.Browse over KedaiGambarKami and AiVee Emart and describe us in your entry.(product,price, blog layout, delivery services, etc. DONE


(Sila ke laman web KedaiGambarKami dan AiVee Emart serta terangkan mengenai produk kami yang anda tahu/baca/lihat)






6.Leave a comment with ur entry link here(only participant with valid entry link are accepted) and state which state you are now.Only participants from Johor will be entitled to win the grand prize. DONE


(Tinggalkan komen anda di sini dan nyatakan di negeri mana anda tinggal sekarang.Cuma peserta dari Johor layak memenangi hadiah Utama-grand prize)


7.We count for the most creative photo and entry .Top 5 will be announced shortly after the contest ended on 19th March 2010 . The winners will be announced few days after that.



(Top 5 akan diumumkan selepas contest tamat.Pemenang akan diumumkan beberapa hari selepas itu...):

*
*
*
*
*
*
*


*
*
*






Inilah familyku yang kusayangi. Dalam gambar di atas ialah suami dan puteri-puteriku. Anak-anakku rapat dengan ayah...yelah anak perempuan la kan. Kata orang tua-tua, kalau anak perempuan rapat dengan ayah...sejuk rumah tangga. Betul ke?? Apapun ku harapkan yang terbaik untuk anak-anak dan suami tersayang.
Kali ini ibu pertaruhkan gambar di atas untuk contest anjuran KedaiGambarKami...Ada rezeki...adala...tak pun, tak apala..seronok join contest ni.



Saturday, February 27, 2010

SEPETANG DI HUJUNG MINGGU

Salam .. evening our family to the Gulf Senangin Jalan Pantai Remis to the SEGARI. Of course many of them still do not know the location in Teluk Batik Lumut apart kan. Only location quite far from the town of Lumut .. but now increasingly persekiran sights and beautiful when people open new eyes to beautify the area this picnic. The original place is fishing village but now no longer ... the place where our family spent time with the children a bath-manda. Sister fun enjoying the salty sea tu, je kak cik fear might not take him long to go sea bathing tau kan .. Adik not any more, wait time je tuh! Any jom la picnic came here meramaikan more new areas to build this! Do not know the location, calling2 ler .... hikhik.
*
*
*
*
*
*

*
*
*