Thursday, December 31, 2009

Ha....ni dia gaya anak ayah!


Itu lah dia anak pompuan kami yang no.2 ni..Nadia. Manja sangat dengan ayah dia, yela...kecik2 dah dapat adik, tula ayah tempat dia merengek
*
*
Tengok la pompuan pun solat macam ayah dia...kopiah ayah....dia sental wat solat la konon.

*
*
*
Dah habis solat berdoa la...selalu tengok ayah dia buat gitu kan, dia pun ikutla...anak idola ayah la katakan!!!hehe!!!kak cik punya perangai.


Tuesday, December 29, 2009

BERTEMU ANTARA DUA SAHABAT LAMA..............


Akhirnya...kami bertemu setelah berapa tahun tidak bersua. Terima kasih Aton dan keluarga sempat luangkan masa singgah ke rumah kami di Manjung nih...yela dorang g mandi laut kat Teluk Batik..tak jauh dari rumah kami.
Ada juga rezeki kita berjumpa kan walau dalam keadaan tergesa2 sebab Aton nak balik cepat nak g melawat ipar duai nya baru bersalin.



Tak lepaskan peluang bergambar bersama!!


Gambar Aton sekeluarga juga sempat diambil...


Anak dara Aton..dah besar ha....


Sebelum balik dorang ni sempat main basikal jap...kecoh jap berebut basikal hehe!!!! Anakku Nadia sebaya la dengan anak Aton, Wafi ni...beza bulan je.



Ha...tengok Wafi lincah wo....Umie dia sibuk layan dia makan kropok..tak bagi apa dia nak, dia memberontak wo...haha!!

Sunday, December 27, 2009

LAGI-LAGI BAS EKSPRESS

Hanya kerana terlelap...pemandu bas SANI Ekspress
*
*
*
Beginilah rupa bas yang terbabas itu....alkisahnya menyebabkan 10 maut dalam kemalangan tersebut.


*
*
*


Penghadang besi dijalan raya tersebut terputus hanya kerana bas terbabas melanggar benteng penghadang tersebut..yang terselamat penduduk di tingkat atas






Mayat diusung keluar dari kenderaan...siapa harus dipersalahkan????



Pegawai keselamatan membantu mengeluarkan mangsa dari tempat yang tersepit...ada yang kehilangan ibu dan bapa, ada yang kehilangan anak2 dalm masa yang amt singkat itu.
Kita sedekah kan AL-FATIHAH kepada arwah2..


Sunday, December 6, 2009

PROMOSI PRODUA ALZA


Jom kita tengok kereta terbaru MPV Produa Alza.




Saja pergi tengok..bagi sokongan barangan buatan Malaysia. Kalau kita tak bagi sokongan sape lagi kan.
Nak beli tu...tidak la, tak mampu la kami nih...


*
*
*
Ala-ala Myvy jer cuma panjang sikit la kan. Cantik jugak.


*
*
*
Ni dah bosan menunggu skuad ERA la ni...meh ambik gambar dulu.


*
*
*
Hujan rintik-rintik ni...kak cik tutup kepala la sikit. Jaga wei...takut demam pulak.


*
*
*
Akhirnya tiba la skuad Produa ERA nie...adoi ingat adalah Aznil ke...Reza ke...hampeh, tak ada yang kenal la beb!! Ambik ganbar terus balik je lah...ok sape2 dah berkenan MPV tersebut pergi lah booking!!

SEMPENA HARI RAYA QURBAN - TRIMA KASIH PENGOBANANMU



Ini lah wajahnya.....





#
#
#
#
#
*
*
*
Al kisah Hari Raya Qurban yang baru lepas, 28hb Nov,09.....Alhamdulillah, selamat ibadat Qurban dan Akikah di Taman Fasa 3c. Kami pun selamat Aqiqah kan untuk Athirah.
Inilah gambar sewaktu agihan daging tapi kami sedekah terus di masjid dan kenduri di situ saja.



#
#
#
*
*
*
Ni antara yang sibuk di surau, ajk surau la tuh.
Sibuk nak agih daging kat tuan empunya qurban kot...tengok list tu...Jangan ada yang tertinggal dah le ye!
Apapun Alhamdulillah..selamat sembelihan qurban dan aqiqah di kawasan taman kami ni, tahun ni 3 ekor lembu berbanding tahun lepas 2 ekor saja.


AKTIVITI BuLaN DiSeMbEr la pulak.......

Amboi...sejak masuk bulan 12 ni, sibuk btoi. Almaklumla...ku dah mula kerja semula setelah 2 bulan bercuti beb!! Ni  masa di rumah kenduri kahwin anak kawanku iaitu Hjh teh Mariah. Sempat kak cik bergambar atas pelamin dorang nih. Pengantin dah habis bersanding pun..kami datang lambat sikit, anak kecik la katakan...Nak bersiap makan masa.

Saturday, November 28, 2009

LEBIH MUATAN

Cuba anda tgk lori tersebut...marah tak bila kita ada kat blkg sedang memandu tapi di hadapan kenderaan membawa muatan dalam keadaan bahaya dgn muatan lebih la............mana tau kalau tayar lori tersebut pecah, terbabas..kita yang di belakang jadi mangsanya.



Bila JPJ tahan, saman..marah. Kata la JPJ ni saja cari kesalahan lori tapi hakikatnya kita sendiri sebagai pengguna jalan raya rasa terancam kan. Bukan nak salahkan drebar lori tapi bos syarikat berkenaan la yang takut kerugian bawa muatan kalau sikit kan......Adoi tolong la kita sama-sama jaga keselamatan apabila di jalan raya...hehe kawan-kawan jangan perli pulak tau.

Wednesday, November 25, 2009

Aktiviti Bulan November yang hampir berakhir


Ehem..ehem..ni tuan empunyer diri la plak nak bergaya lepas habis pantang kan. Kebetulan 22.11.09 lepas ada jemputan kenduri kawin anak kawan sepejabat, jadi kami pergi la sekeluarga memenuhi undangan. Sempatla ku malaram depan pelamin anak en. Khalib B Dol tuan punya kenduri ni.
Hehe pengantin belum tiba lagi waktu tuh...kawan-kawan jgn kutuk tau hihi!!


Ni bukan la pertandingan bayi comel plak, saja tunjuk gambar terbaru jer..Athirah anakku tersayang...

Selamat datang ke alam baru Muhd Aafii Hayyadh pada 1.10.2009 anak kepada kawanku Fatimah Kamaruddin dari Pulau Langkawi.



Muhd Syahmi B Muhd Hafiz anak kepada Sinah sepupu ayahnya lahir pada 1.10.2009



            Athirah beza 2 hari saja dari kawan2 dia nih..nanti dah besar sekolah sama-sama yer...

NASIHAT UNTUK MEMANDIKAN BAYI ANDA

Hari ni apa kata kita berkongsi cerita tentang bayi kita, bukan apa kita sebagai ibu tentu nak tau apa yang terbaik untuk bayi kita kan. Dari petikan keratan yang ku baca………………



Nasihat bagi kita sebagai ibu untuk kita memandikan bayi kita :
    Gambar ini sebagai hiasan sahaja
  • Pilih tempat mandi yang selesa serta aliran udara yang baik
  • Sebaik-baiknye besin mandi diletakkan setinggi pinggang anda supaya anda tidak mengalami ketegangan di bahagian tulang belakang
  • Semua peralatan yang diperlukan seharusnya berdekatan atau dalam lingkungan yang senang dicapai
  • Uji suhu air mandian terlebih dahulu sebelum memandikan bayi anda
  • Dukung bayi anda dengan cara yang selamat
  • Jangan sekali-kali biarkan bayi anda keseorangan
Ok begitu la sedikit sebanyak yang boleh kita kongsi nasihat yang berguna ini bersama. Hayatilah dan jadikan panduan kepada ibu-ibu yang ada bayi ketika ini atau akan datang….bye!






Gambar hiasan sahaja

Monday, November 23, 2009

SELAMAT BERTUGAS DI TEMPAT BARU

Setelah lebih kurang 3 tahun En.Ridzuan Rayman iaitu bos kami bertugas di manjung, akhirnya tugas beliau berakhir dalam panghujung bulan ini. Bos akan bertukar semula ke JPJ Ipoh…memang tak jauh dari Manjung tapi hakikat sebenar beliau tidak jadi bos kami lagi. Apapun terima kasih di atas segala jasa beliau di JPJ Manjung yang telah berlaku banyak perubahan dalam masa yang agak singkat itu. Seperti contoh yang ketara…kami dah ada parking kereta yang berbumbung sendiri, tak perlu berpanas seperti sebelum ini. Ada kantin, bilik rekod yang cantik dan besar, unit penguatkuasa yang telah diubahsuai menjadi agak besar dan macam-macam lagi. Terima kasih dan jasa beliau tentu tidak dilupakan oleh staf JPJ Manjung. Mohon maaf dari kami staf di sini jika ada kesilapan atau kelakuan yang tidak menyenangkan. Semoga kita buang yang keruh ambil yang jernih…………








Thursday, November 19, 2009

SELAMAT PENGANTIN BARU......



Tidak lewat rasanya ku ucapkan Selamat pengantin Baru temansepejabat iaitu Kamarulzaman B Ahmad Zaini dengan teman hidupnyer....Nur Hajar Belinda Bt Nayong @ Cynthia Belinda Nayong.
Isterinya org Sarawak...cute gitu....adoi, Abg Man kena jaga baik2 tau istri tercinta tuh!!
Wah...segak bergaya sang putera gaya hang Tuah, nampak bahagia di atas pelamin bersama isteri yang dipuja selalu....ceh wah...
Jangan marah Abg Man yer...moga bahagia hingga ke akhir hayat.
Didoakan cepat2 dapat anak.....amin!

Wednesday, November 4, 2009

HAMPER2 DAN HADIAH YANG DIBERI KPD ATHIRAH



SEBELAH KIRI HAMPER YANG DIBERIKAN OLEH PEJABAT JPJ..
SEBELAH KANAN PLAK PEGAWAI SUAMIKU YANG BAGI TAU...MAKASIH LA NER...


HEHE NI KAWAN PEJABAT IBU BAGI KAT ANAK IBU TAU..IAITU SINNA DAN WIFENYA, TQ AR....


NI PLAK HAMPER DARI DEPARTMENT AYAH..DORG BAGI JUGAK WALAU DAH ANK KE TIGA DAH





BAJU YANG ATHIRAH PAKAI NI HADIAH DARI KAWAN BAIK AYAH IAITU KHAIDIR DAN ISTRINYA...MEKACIH YER....


NI HADIAH DARI MAMA TINI..BIRU LAGI, MAKASI BAH....



NI PLAK HADIAH DARI JAUH WO.....KWN IBU BG NI TAU UNTIE NOR DARI JAPAN. ARIGATO GOZAIMAS.....



BAJU NI DH PKAI PUN BARU AMIK GMBAR, X PE LA KN...NI UNTIE SITI KWN PEJABAT IBU BAGI..TERIMA KASIH!!

Friday, October 30, 2009

Athirah yag baru ku lahirkan...29.09.2009



Salam sayang ibu untuk anak ibu nie...selamat ibu lahirkan dia pada 29.9 yang lepas, Alhamdulillah selamat semuanya. Berat masa dilahirkan 3.43kg..agak besar sikitla dari kakak2 dia. Sekarang dah sebulan usianya dah 4.45kg tau. E....kuat anak ibu menyusu, tula kejap je naik kan. Harapan ibu anak ibu senantiasa sihat..amin!
Pada kawan2 yang datang melawat ibu terima kasih diucapkan, moga murah rezeki korang semua. Kawan pejabat ramai yang datang termasuk bos pun datang rumah melawat tau....Yang tak dapat datang tentu ada halangan tu...tak apa, ibu tak kisah..
Terima kasih juga pada kawan2 ayah, ramai yang datang jugak termasuk pegawainye (CO) dia la...Kat hospital pun kawan ayah yang bertugas pun ada datang melawat...terima kasih. Ada yang bagi hamper...ada yang bagi baju, hadiah2 untuk baby...terima kasih semua



Ni gambar terbaru, semalam baru ambik..umur sebulan dah dia

Dalam tido pun boleh senyum tau....



Tengokla baby sekarang tido...ui mcm org tua dah kan...e..geram ibu tgk tau



Tengok kita ambik gambar dia tuh....



Suka baru lepas susu la tu...