Thursday, December 31, 2009

Ha....ni dia gaya anak ayah!


Itu lah dia anak pompuan kami yang no.2 ni..Nadia. Manja sangat dengan ayah dia, yela...kecik2 dah dapat adik, tula ayah tempat dia merengek
*
*
Tengok la pompuan pun solat macam ayah dia...kopiah ayah....dia sental wat solat la konon.

*
*
*
Dah habis solat berdoa la...selalu tengok ayah dia buat gitu kan, dia pun ikutla...anak idola ayah la katakan!!!hehe!!!kak cik punya perangai.


Tuesday, December 29, 2009

BERTEMU ANTARA DUA SAHABAT LAMA..............


Akhirnya...kami bertemu setelah berapa tahun tidak bersua. Terima kasih Aton dan keluarga sempat luangkan masa singgah ke rumah kami di Manjung nih...yela dorang g mandi laut kat Teluk Batik..tak jauh dari rumah kami.
Ada juga rezeki kita berjumpa kan walau dalam keadaan tergesa2 sebab Aton nak balik cepat nak g melawat ipar duai nya baru bersalin.



Tak lepaskan peluang bergambar bersama!!


Gambar Aton sekeluarga juga sempat diambil...


Anak dara Aton..dah besar ha....


Sebelum balik dorang ni sempat main basikal jap...kecoh jap berebut basikal hehe!!!! Anakku Nadia sebaya la dengan anak Aton, Wafi ni...beza bulan je.



Ha...tengok Wafi lincah wo....Umie dia sibuk layan dia makan kropok..tak bagi apa dia nak, dia memberontak wo...haha!!

Sunday, December 27, 2009

LAGI-LAGI BAS EKSPRESS

Hanya kerana terlelap...pemandu bas SANI Ekspress
*
*
*
Beginilah rupa bas yang terbabas itu....alkisahnya menyebabkan 10 maut dalam kemalangan tersebut.


*
*
*


Penghadang besi dijalan raya tersebut terputus hanya kerana bas terbabas melanggar benteng penghadang tersebut..yang terselamat penduduk di tingkat atas






Mayat diusung keluar dari kenderaan...siapa harus dipersalahkan????



Pegawai keselamatan membantu mengeluarkan mangsa dari tempat yang tersepit...ada yang kehilangan ibu dan bapa, ada yang kehilangan anak2 dalm masa yang amt singkat itu.
Kita sedekah kan AL-FATIHAH kepada arwah2..


Sunday, December 6, 2009

PROMOSI PRODUA ALZA


Jom kita tengok kereta terbaru MPV Produa Alza.




Saja pergi tengok..bagi sokongan barangan buatan Malaysia. Kalau kita tak bagi sokongan sape lagi kan.
Nak beli tu...tidak la, tak mampu la kami nih...


*
*
*
Ala-ala Myvy jer cuma panjang sikit la kan. Cantik jugak.


*
*
*
Ni dah bosan menunggu skuad ERA la ni...meh ambik gambar dulu.


*
*
*
Hujan rintik-rintik ni...kak cik tutup kepala la sikit. Jaga wei...takut demam pulak.


*
*
*
Akhirnya tiba la skuad Produa ERA nie...adoi ingat adalah Aznil ke...Reza ke...hampeh, tak ada yang kenal la beb!! Ambik ganbar terus balik je lah...ok sape2 dah berkenan MPV tersebut pergi lah booking!!

SEMPENA HARI RAYA QURBAN - TRIMA KASIH PENGOBANANMU



Ini lah wajahnya.....





#
#
#
#
#
*
*
*
Al kisah Hari Raya Qurban yang baru lepas, 28hb Nov,09.....Alhamdulillah, selamat ibadat Qurban dan Akikah di Taman Fasa 3c. Kami pun selamat Aqiqah kan untuk Athirah.
Inilah gambar sewaktu agihan daging tapi kami sedekah terus di masjid dan kenduri di situ saja.



#
#
#
*
*
*
Ni antara yang sibuk di surau, ajk surau la tuh.
Sibuk nak agih daging kat tuan empunya qurban kot...tengok list tu...Jangan ada yang tertinggal dah le ye!
Apapun Alhamdulillah..selamat sembelihan qurban dan aqiqah di kawasan taman kami ni, tahun ni 3 ekor lembu berbanding tahun lepas 2 ekor saja.


AKTIVITI BuLaN DiSeMbEr la pulak.......

Amboi...sejak masuk bulan 12 ni, sibuk btoi. Almaklumla...ku dah mula kerja semula setelah 2 bulan bercuti beb!! Ni  masa di rumah kenduri kahwin anak kawanku iaitu Hjh teh Mariah. Sempat kak cik bergambar atas pelamin dorang nih. Pengantin dah habis bersanding pun..kami datang lambat sikit, anak kecik la katakan...Nak bersiap makan masa.