Sunday, June 20, 2010

KUNJUNGAN TEMAN LAMAKU.....

ASSALAMUALAIKUM.....lama sungguh lamanku ini tak terusik. Rindu...bukan tak rindu tapi apa kan daya masa tak mengizinkan dan macam-macam halangan.
N3 kali ini setelah lama tak ke udara ialah rasa terharu dan hargai sangat kunjungan sahabat lamaku iaitu Lily dan suaminya abg Lee pada penghujung bulan Mei lepas. Terakhir kami jumpa dulu tak silap pada 3 tahun yang berlalu. Sama-sama pernah bekerja di sebuah Industri elektronik sebagai QA Inspector...hehe zaman tu, zaman bujang lagi. banyak kenangan manis dan pahit kami tempuhi ketika itu. Aku melewati zaman kegawatan ekonomi pada waktu itu dan pulang dari Kedah(setelah 2 tahun belajar di sana). Oleh kerana tiada pekerjaan yang sesuai dan tidak mahu memilih kerja, aku terus terima sahaja kerja di Kampar dan kami mula mengenali.
Sehingga kini persahabatan kami masih akrab dan akan terus berhubung, Insya-Allah!!
Terima kasih atas kunjungan kalian ke teratak kami tempoh hari, tunggu giliran kami menjengah kalian pulak.
Zoom gambar yang sempat kami rakam...zas!!!


*
*
*