Wednesday, June 15, 2011

Teringinnya aku.........

Assalamua'laikum...lama tak aktif blog ku ini. bukan apa masa dan keadaan yang tidak mengizinkan. Bukan tak teringin nak berblogger mcm dulu tapi anak semakin membesar ni...senantiasa la nak kacau ibu dia nih menekan sama keyboard laptop nih!! ajer dah beranak 4 teman sekarang ni, lagila weh!!!!
Cerita...bukan tak ada...tapi dah tertangguh setahun dah kan..last post dulu Jun 2010. Sekarang tak sangka Jun 2011 menjelma suda!!
Sekarang aku sudah mempunyai 4orang cahaya mata pemberian DariNya..Alhamdulillah!!!!
Nak aktif blog ni semula???? tengok la kesempatan yang ada nanti, sekarang aku masih bercuti sempena bersalin pada 13 April 2011. Ada lagi 1bulan cuti aku...ha!!!! takut nak masuk kerja semula, mesti rindu kat baby Ekhwan ibu kena tinggal...erm, dah jadi ibu berkerjaya kan, kena tempuhla dugaan ini. Susu pasti membengkak...hwa..hwa...Harap-harap bos baru ibu nanti memahami situasi ibu yang baru lepas bersalin nih...amin!!!