Friday, April 30, 2010

Giveaway Birthday Present for My Baby from Mama Icha



NAMA : ASNUR NADIHA ATHIRAH BT SUDIRMAN
TARIKH LAHIR : 29.09.2009
UMUR : 7 BULAN
TEMPAT LAHIR : SERI MANJUNG, PERAK
BERAT : 3.43KG ( SKRG 8.4KG)
PANJANG : 49CM (SKRG 70CM)
NAMA IBU : ARMASAIDA BT A.RAHMAN

Assalamualaikum..demam contest lagi ibu ni. Alhamdulillah, anak ibu Athirah dah masuk 7 bulan. Dah pandai apa? Amboi si kecik ibu ni dah pandai duduk tapi tak pandai balance lagi la, tapi kaki dia kuat dah nak berdiri kat sofa...Teringat waktu sarat menunggu masa untuk lahirkan Athirah bulan puasa yang baru lepas..dapat ibu makan pelbagai juadah dulu sebelum bersalin pada date di atas iaitu selepas Aidiilfitri. Memang dalam hati nak sangat date yang cantik untuk lahirkan dia walaupun due date 28.9.2009, tapi tuhan makbulkan impian ibu. Jam 5.06pagi, 29.9.09 lahirlah baby ke 3 ibu!!




Sunday, April 25, 2010

PERGINYA BELIAU UNTUK SELAMANYA......

Assalamualaikum...sayu rasa hati meskipun tiada ikatan tali persaudaraan namun turut terusik hatiku kerana yang telah kembali kepadaNya adalah rakan seperjuangan abahku. Yang juga bapa kepada sahabatku di waktu kecil dahulu. Kami pernah sama-sama tinggal di Berek Polis Tronoh Perak lebih kurang tahun 1980an. Memang aku masih terlalu kecil waktu itu untuk mengingati saat-saat aku diminta olek makcik Bi iaitu ibu kepada sahabatku itu yg ku panggil Wati untuk menemani tidur di rumah mereka apabila abah kami masing-masing terpaksa masuk hutan menjalani latihan polis hutan. Umiku membenarkan kerana dirumah kami, adik lelakiku pula menemani umi. Sedangkan Wati belum mempunyai adik-adik lain. Arwah Pakcik Din atau nama sebenarnya Shamsudin baik orangnya semasa ada hayatnya dulu, cuma dia garang sikit..biasalah orang lelaki dalam usia 20an ketika itu. Dia telah pergi untuk selamanya pada 20.4.2010 yang lalu. Perginya beliau begitu cepat sekali kerana tiada sakit yang teruk dialami melainkan telah lama mengidap kencing manis, akhirnya beliau pergi pun kerana penyakit itu juga. Moga Allah mencucuri rahmat ke atasnya dan sesiapa mengenali beliau Sarjan Shamsudin yang bertugas di IPD Ipoh Perak agar dapat memaafkan kesalahan beliau selama ada hayatnya dan sama-sama kita sedekahkan Al- Fatihah kepada rohnya. Insya-Allah!!


Gambar di atas dipetik dari laman web berkaitan
1956 - 2010

BABY IN BLUE CONTEST


*
*
*
*
*


                                       
Salam...hehe ibu dah giler contest lak kali nih...Apapun bkn untuk sape, untuk anak-anak ibu jugak. Kali ni ada contest lagi dari http://girlperak.blogspot.com/
Nak cari biru semua, gambar camtu tak dek. Pakai baju biru pun jadikla kan..kak cik!!
 NAMA : ASNUR NADIA ZULAIKHA BT SUDIRMAN
UMUR : 2 TAHUN 1 BULAN
KATEGORI : GIRL (A)
NAMA IBU : ARMASAIDA BT A.RAHMAN

1. Mestila jadi flower blog mama saya yea.


2. Copy and paste the banner above and link state Kat Kat sidebar unty / uncle Yea


3. Terbuka pada 2 kategori iaitu kategori GIRL(A) and kategori BOY(B)


4. Upload satu keping gambar anak/anak saudara unty/uncle( sekeping je tau)


5. Umur anak mestila dari 0-3tahun masa gambar di tangkap.


6. Sertakan sekali nama baby,umur And kategori tau.


7. Dah siap wat N3 tinggalkan link di bahagian komen yea unty/uncle


8. Insyaallah mom would mind telling me the winner on May 3, 2010


9. Hanya satu pemenang je akan dipilih bagi setiap kategori


10. Tarikh tutup penyertaan ialah ; 30 April 2010 jam 4 petang

Monday, April 19, 2010

BABY 'S SPECIAL POSE CONTEST


                                     


Contest datang lagi, hehe seronok pulak join contest ni. Cuma tak ada masa je, kali ni ibu luangkan masa join contest untuk anak ibu. Ibu pertaruhkan gambar di bawah. Ada rezeki Alhamdulillah...tapi kalau tak ada pun tak apa. Boleh cari kenalan blogging. Sajalah ibu bagi gambar ni, bkn apa dari tepi lagi nampak pipi tembam dia tuh..masih kecik smua anak ibu gini, dah besar nanti hilangla pipi pau dia tuh..hehe.     

                        

NAMA : ASNUR NADIHA ATHIRAH BT SUDIRMAN
UMUR : 6 BULAN LEBIH
TARIKH LAHIR : 29.9.2009
NAMA IBU : ARMASAIDA BT A.RAHMAN


Syarat2 nya ialah...

 
1. Add kan blog ini dalam blog anda and mesti jadik follower skali yer..


2. Terbuka pd bb berusia 6 bln - 4 tahun sahaja


3. Copy gambar di atas, letakkan kat side bar uols n kene link kan kat entry contest ni ekk..


4. Mesti uploadkan sekeping sahaja gambar pose menarik anak anda and citer sikit nape anda rase pose tuh menarik.. :)

5. Sila nyatakan nama anak, tarikh lahir, nama ibu n emel add ya..


6. Contest bermula dr 26 Mac hingga 25 April 2010 nih, insyaAllah, keputusan akan di keluarkan pada 26 April 2010 nnt ya




7. Yg paling penting, tgglkan entry anda di ruangan comment ya!!

Saturday, April 10, 2010

Selamat dah....kena s_n_t.......

Assalamualaikum...lama tak bersiaran. Hehe bukan ada siapa pun tunggu ye. Ngalahkan Siti Nurhaliza pulak, kalau Tuk Ti lama tak bersiaran yelah orang tercari-cari ye. Sibuk saja sejak akhir-akhir ni. Sibuk dengan anak-anak yang semakin membesar ni, sibuk dengan tugas harian, pejabat. Ah!macam-macam lagi la. Ku lapangkan seketika waktu yang ada ini untuk upload gambar-gambar Athirah yang baru selamat bersunat sebenarnya. Saja ku jadikan kanangan rupa Athirah selepas dah bersunat tu. Kita sebagai ibu ni bukan main risau nak bawa pergi klinik untuk bersunat, dia selamba jer...tak nangis pun. Inilah pertama kali bawa ke klinik pun, sebelum ni guna khidmat bidan kampung je. mak mertua hari-hari bertanya..."dah bawak pegi bersunat kah budak itu?" Akhirnya ku bawalah jugak dalam keadaan risau tu...Tak ada apa pun kan..sikit je potongnya!! Tengoklah gelagat anak kesayangan ibu nih...ketawa besar lagi bila kena acah-acah!!

Ni ubat sapu biasa je..sekali sapu pun dah ok..

Sesampai di rumah terus ambik gambar Thirah...Hah! Gini le muka dia...

Sekali ibu agah dia..nah! Gelak besar dia..Moga anak ibu terus sihat, Amin!!

Alhamdulillah...selamat segala urusan kami.