Sunday, April 25, 2010

PERGINYA BELIAU UNTUK SELAMANYA......

Assalamualaikum...sayu rasa hati meskipun tiada ikatan tali persaudaraan namun turut terusik hatiku kerana yang telah kembali kepadaNya adalah rakan seperjuangan abahku. Yang juga bapa kepada sahabatku di waktu kecil dahulu. Kami pernah sama-sama tinggal di Berek Polis Tronoh Perak lebih kurang tahun 1980an. Memang aku masih terlalu kecil waktu itu untuk mengingati saat-saat aku diminta olek makcik Bi iaitu ibu kepada sahabatku itu yg ku panggil Wati untuk menemani tidur di rumah mereka apabila abah kami masing-masing terpaksa masuk hutan menjalani latihan polis hutan. Umiku membenarkan kerana dirumah kami, adik lelakiku pula menemani umi. Sedangkan Wati belum mempunyai adik-adik lain. Arwah Pakcik Din atau nama sebenarnya Shamsudin baik orangnya semasa ada hayatnya dulu, cuma dia garang sikit..biasalah orang lelaki dalam usia 20an ketika itu. Dia telah pergi untuk selamanya pada 20.4.2010 yang lalu. Perginya beliau begitu cepat sekali kerana tiada sakit yang teruk dialami melainkan telah lama mengidap kencing manis, akhirnya beliau pergi pun kerana penyakit itu juga. Moga Allah mencucuri rahmat ke atasnya dan sesiapa mengenali beliau Sarjan Shamsudin yang bertugas di IPD Ipoh Perak agar dapat memaafkan kesalahan beliau selama ada hayatnya dan sama-sama kita sedekahkan Al- Fatihah kepada rohnya. Insya-Allah!!


Gambar di atas dipetik dari laman web berkaitan
1956 - 2010

No comments:

Post a Comment