Saturday, September 24, 2011

HAMPIR TERPEDAYA

Gambar sekadar selingan di Hari Raya Aidilfitri pertama Gambar ke 2..candid jer!!

Assalamualaikum..masih sempat ku ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua kawan-kawan dan para pembaca di luar sana. Kita masih di Bulan Syawal dan Bulan ini akan berakhir pada 28hb Sept ini.
               Alkisahnya, dalam 2 atau 3 hari lepas aku terima satu panggilan telefon dari area KL..Suara perenmpuan berkumandang di corong nset ku. Katanya dia membuat panggilan dari sebuah Syarikat penerbangan. Tidak perlulah ku nyatakan Syarikat penerbangan yang mana. Kononnya ingin menawarkan 'Free Voucer' kerana aku adalah salah seorang pelanggan yang bertuah.
Dipendekkan cerita, aku namakan perempuan itu sebagai 'S' telah menawarkan plan ke 2 iaitu insurans nyawa yang menarik pada pendengaranku. Hatiku sudah tertarik tapi terdetik juga hati ini.."adakah ini satu panggilan palsu??" Tapi tak mungkin sebab dia 'S' telah berterus terang memperkenalkan dirinya dari syarikat penerbangan yang kukuh. Dalam hati berkata.."takkan lah dia nak tipu kot!!!"
Jadi, 'S' minta aku berikan bank yang bole buat potongan untuk insurans tersebut. Dengan lancang aku bagitahu...Maybank atau Bsn. Pantas 'S' minta nombor kad Maybank ku kerana senang berurusan dengan Maybank lah konon!! Aku tidak curiga kerana dia tidak minta nombor akaun ku. Sempat 'S' berpesan pada aku, "kami memang tak boleh minta nombor akaun pelanggan tapi cuma nak nombor ahli pada kad sahaja. Aku tanpa curiga sekali lagi telah membaca nombor tersebut tapi aku salahkan 2 atau 3 nombor. 'S' tidak puas hati kerana dia cuba masukkan nombor tersebut tetapi bacaan 'INVALID'. Sedaya upaya dia minta aku baca dengan betul tapi aku tetap bacakan silap tetapi kali ini cuma silapkan 1 angka. Masih 'S' tidak dapat detect kad aku. Last, aku semakin curiga kerana dia beria nak juga nombor tersebut. Aku bagi alasan, minta dia call semula kerana aku nak call Maybank minta pengesahan nombor sebenar.
                   Rupanya memang aku hampir terpedaya sebab nombor tersebut memang tidak boleh didedahkan. Dalam sekelip mata duit dalam akaun akan hilang..Ya rabbi, punyalah aku bersyukur tindakan aku untuk call maybank adalah jawapannya!!
Aku harus berhati-hati selepas ini. Dan pada kawan-kawan semua, janganlah mudah terpedaya seperti aku konon percaya bahawa 'S' memang ingin menawarkan yang terbaik pada aku sebagai salah seorang pelanggannya. Aku telah pun menukar kad Maybank yang baru dan lupus segala detail dalam akaun maybank2u. Ini adalah pengajaran berguna kepada semua.