Sunday, February 7, 2010

PROJEK ALAM FAUNA................

Abah dan umiku ke projek alam fauna di Pengkalan Chepa..Menikmati alam hijau!!


*
*
*
Menikmati keindahan tumbuh-tumbuhan alam semesta ini, ada pameran sempena projek dari pekebun-pekebun kecil. Kalau kita tidak sokong siapa lagi nak sokong pekebun kita kan..jom kita tgk beberapa pokok yang dirakam oleh Amin.(adik bongsuku da..)
*
*
Tengok betapa kreatif, pokok pun boleh dijadikan bentuk. Bentuk binatang pulak tu...kita boleh ke buat tuh??? tak mampu kot.
*
*
Letih la umi..dok rehat jap, tak lepas peluang ambik gambar dengan Amin la tuh.
*
*
E........ada ya, nama pokok gitu!!
*
*
Ha...nila yang paling best, tak podas tak sodap masak cili api wo!!
Apapun beginilah cara penjagaan pokok yang sentiasa subur, sedap mata memandang. Tapi nak kena rajin jaga lah kan. Dibaja, disiram, dibelek..yela mana tau ada ulat mengganggu..
Itulah saja yang dapat kita kongsi bersama. Siapa yang rajin menanam dan berminat adalah lebih baik menanam sendiri dari membeli saja kan..untung-untung kita tau khasiatnya, tanam sendiri tentu dah tak letak racun. Mungkin letak baja sahaja. Sendiri yang nak makan hasilnya..pandai-pandaila kita jaga..

Wednesday, February 3, 2010

.................JOM MEMANCING.................

Hai semua....acik-acik, jom pancing ikan nak? Hehe...aktiviti kakak di petang hari,
ikut ayah le.
*
*
*
*

E.....ada ikan ke ni, ala pancing kakak jatuh la. kakak tak larat pegang..berat tau.
*
*
*
Hehe...ikan tak dapat lagi, tapi ayah dapat 2 ekor ikan duri..hikhik!!
seronoknya ikut ayah g mancing...jom le!!

Saturday, January 30, 2010

Atok dan nenek datang bercuti

Sempat bergambar dengan atok dan nenek...kak cik punya gelagat buat dorang tak boleh lupa!!


Waktu ni kakak dah pergi sekolah..jadi kak cik je la berganbar..


Nak bergambar bukan senang dengan budak aktif ni...wo!!

Apapun..cucu-cucu smua ni sayangkan nenek dan atok, dtgla bercuti kat manjung selalu..

Thursday, January 21, 2010

..........................ADA CENDERAHATI LA


E....apa tu. Ada cenderahati lah.
*
*
*

Jeng-jeng-jeng...kawan ibu, acik Zulita yang poskan hadiah tu untuk Athirah tau...
*
*
*
 
Yeke...terima kasih lah acik ingat jugak kat saya...nanti datang lah umh jalan sini yer.
*
*
*

Ha...ini dia sepasang kasut comel cenderahati dari untie Zulita. apapun terima kasih dari kami jugak Ta.
*
*
*
 
Hai acik Zulita, kakak pun nak ucap terima kasih sebab ada kirim baju untuk kakak jugak!
hehe..ada boleh kasi lagi hikhik..peace!!
*
*
*

Ni gambar terbaru Athirah, agak-agak muat tak pakai kasut tu...mestilah!

Tuesday, January 19, 2010

ROJAK









Jom kita tengok resepi dari Sabah ni...................
Di Sabah panggil rojak...kalau kat sini rojak mi la...

Bahan-bahan
  • Mee kuning ( mee manggi pun boleh..mee halus la )
  • Kacang tanah ( nak buat kuah kacang ni )
  • cili kering ( diblender)
  • rempah kari ( tak kisahlah cap apa pun janji sedap )
  • Bawang merah dan bawang putih ( tumbuk lagi sodap )
  • Air
Bahan-bahan untuk sup

  • Ayam ( direbus...jadikan sup, boh jela daun sup ). Dah masak sup keluarkan ayam tadi dan digoreng

Bahan untuk ulam

  • Timun
  • Taufu fah
  • Taugeh
  • Kacang panjang ( dipotong halus )

oklah..selamat mencuba sape-sape la kot rasa teringin....pandai-pandaila masak ikut cara tersendiri....ni pun ibu mertuaku yang masak pun..hehe

Sunday, January 17, 2010

MAMAK PULANG SUDAH........


kakak pergi KL antar mamak(nenek) dia ke LCCT. Sempat bergaya dalam kedai chocalate.....
*
*
*


Sebelum pulang ke kampung Beaufort, mak nak ronda KL dulu....ayahnya pun bawala...bkn selalu mak datang sini pun..bapak ikut sekali hantar tapi belum pulang ke kampung lagi..bapak nak cari kerja kat semenanjung kejap. Kumpul duit belanja sikit...nanti bapak pulang la tuh..
*
*
*


Gambar kenangan dengan cucunya...nanti rindulah..ntah bila kami nak jumpa lagi. Nak balik kg kena plan awal-awal maklumlah kami masing-masing kerja kan...nanti lah mak kami akan pulang jugak ke kg bawa cucu-cucu mak nih.
*
*
*

Ni singgah KLCC...kakak dapat kawan baru dah...kejap je..
*
*
*

Gelagat kakak raging mamak dia...mengikut je mak dgn gelagat cucu.
Apapun kami sekeluarga nak ucap terima kasih sudi tolong jaga cucu barunya Athirah, minta maaf kot ada kekurangan dari segenap segi semasa mak di rumah kami..Apapun moga kita berjumpa lagi..yela mak jauh kat Sabah kan..bkn selalu kita boleh jumpa.


Mak dan bapak..kami sayang selalu!!!

Thursday, January 14, 2010

Persekolahan bermula...............Fashihah masuk tadika 5 tahun!! HARI PERTAMA MULANYA PERSEKOLAHAN..............


Ha..ha kakak masuk sekolah trus je kluarkan buku yang ayah dia beli..tak peduli orang dah...
Semangat sekolah beb...




Biarla apa orang nak kata...dia buat je kerja dia, mengaler




Colour dia dah kluarkan...tak pandang kiri kanan, buat kerja sekolah tau




Ah...dah terpandang lego..main jugak


ha...nak buat bentuk menara KLCC tau...


Colour lagi....



Ni bila ibu kata nak balik laa...kakak tinggal kat sekolah belajar pandai-pandai yer...dah menung



Akhirnya dapat lah kawan..kejap jer..cuma sedih bila ibu dan ayah nak balik...buat muka sedih tau...ala  kakak!!