Saturday, February 27, 2010

SEPETANG DI HUJUNG MINGGU

Salam .. evening our family to the Gulf Senangin Jalan Pantai Remis to the SEGARI. Of course many of them still do not know the location in Teluk Batik Lumut apart kan. Only location quite far from the town of Lumut .. but now increasingly persekiran sights and beautiful when people open new eyes to beautify the area this picnic. The original place is fishing village but now no longer ... the place where our family spent time with the children a bath-manda. Sister fun enjoying the salty sea tu, je kak cik fear might not take him long to go sea bathing tau kan .. Adik not any more, wait time je tuh! Any jom la picnic came here meramaikan more new areas to build this! Do not know the location, calling2 ler .... hikhik.
*
*
*
*
*
*

*
*
*

Thursday, February 25, 2010

Rezeki Allah ada dimana-mana....

 *
*
*
Kali ni gambar siapa pula ku attach yer. ? Ha ni gambar kakak angkatku Kak Mie, saja ku abadikan di dalam Blog kesayangan ku sebagai kenangan di hari muka. Kak Mie talah lama kukenali semasa sama-sama menuntut di IKU kedah dulu. Lebih kurang tahun 1997 kalu tak silap. dari situ kami terus rapat dan sentiasa berhubung. Kak Mie tinggal dan menetap di Terengganu bersama suami dan anak tercinta. Sebenarnya bukan apa... Kak Mie dah lama berkahwin tapi rezeki mempunyai zuriat setelah 10 tahun pernikahannya. Jadi Nasuha yang di dalam gambar adalah permata hati mama dan papanya sekarang. Setelah 10 tahun menanti...akhirnya kesabaran ke 2 suami isteri ini mendatangkan rezeki kepada mereka. Kami semasa mengandung dulu mendapat tarikh bersalin (due date) yang sama iaitu 25 mac 2008 tetapi alhamdulillah Kak Mie mendahuluiku. Nasuha lahir pada 17 Mac 2008 sementara aku melahirkan Nadia pada 22 Mac 2008. Hubungan kami semakin rapat apabila sentiasa bertukar-tukar tanya perkembangan ank masing-masing. Suami tercintanya bernama Sanusi..ada rupa Salem Iklim tak, hehe!! Apapun selepas ini moga ada lagi rezekinya untuk mempunyai anak..ameen!!

Wednesday, February 24, 2010

Innalillahi..wainnahilaihirojiun..

Assalamualaikum...kali ini berita sedih tentang pemergiannya anak angkat abah, Arwah E-joi buat selama-lamanya. Tiada siapa sangka dan dapat menduga bilakah pemergiannya mengadap Yang Maha Esa..Semalam kamu masih sihat, bercakap, gelak ketawa, berbual, bersolat...tapi hari ini Allah telah memanggilmu!! Ya Allah, moga Kau tempatkanlah dia di dalam golongan orang-orang yang beriman..Kamu telah kembali kepadaNya dan dengan apa cara sekali pun kami redha ya Allah.!!
1984 - 2010

Semasa ada hayatnya dulu.......Kenangan bersamanya tidak kami lupakan.
*
*
*
Kelmarin...bapa saudaraku yang kami panggil 'Ayah chik', adik lelaki bongsu kepada umieku juga telah pergi untuk selama-lamanya. Yang hidup itu pasti akan mati, di dunia ini tiada kekalnya melainkan amal ibadatnya!! Moga Allah merestuinya agar dia tergolong didalam orang-orang yang Diredhai..ameen.
arwah Maarof Bin Osman
1971 - 2010


Sunday, February 21, 2010

BABY CRYING CONTEST


Syarat peraduan:


1. Jadi follower Auladjannah


2. Copy gambar di atas, letakkan di sidebar dan terus dilinkkan ke N3 ini.


3. Letakkan link kakpah di blog anda.


4. Letak gambar anak anda, anak saudara anda, cucu anda, cucu saudara anda, kalau ada cicit pun boleh juga. Anak mestilah berumur 1 hari hingga 1 setengah tahun semasa gambar itu diambil.


DAN GAMBAR ANAK ITU MESTILAH GAMBAR SEDANG MENANGIS


(berita baik: Sekiranya anak anda sekarang berumur 3 tahun ke bawah, dan gambar menangis itu diambil semasa umurnya 1-1 1/2 tahun, anda boleh menyertai kontes ini. Syaratnya, letak gambarnya yang terkini sebagai gambar tambahan)


5. Letak nama dan umur anak semasa gambar itu diambil. Letak umur sekarang. Buat satu entry ringkas mengenai anak itu. Kalau nak buat panjang pun, terpulanglah. Tidak ada markah tambahan.


6. Tinggalkan jejak dan link anda di ruang komen.


7. Pemenang akan dipilih berdasarkan kecutetan(oopps) anak dan kekreatifan gambar itu diambil.


Salam baby crying contest...

Nama : Asnur Nadiha Athirah Bt. Sudirman
Umur : 4 bulan lebih

E....sebelum ni tak terlintas nak ambik gambar anakku sedang menangis tapi Kak Pah @ AULAD punya pasal la nih...ada la gambar anak yang sedang menangis baru diambil nih..Ha..a betul jugak yek, nampak buruknya tengah menangis tu tapi geram dan lucu pulak nampak muka baby nangis kan. hehe Kak pah punya idea semua nih!! Kak Pah jom ziarah slalu ner...
Yang diatas adalah sebahagian syarat yang telah Kak Pah anjurkan tu, jom kawan-kawan join contest ni. Saja suka-suka..syok jugak ek!!

Friday, February 19, 2010

Baby Crying Contest

*
*
*
*
*

Nama : Asnur Nadia Zulaikha Bt. Sudirman
Umur : 1 tahun 11 bulan

Gambar yang disebelah kiri diambil pada umurnya 1tahun 5 bulan. Kami panggilnya kak cik sebab Nadia ni dah ada adik walaupun masih kecik lagi..E....sian dia, kcik2 dah ada adik kan tapi tak pe rezeki jugak tuh..ada pasangan dia bermain masak2, pompuanla katakan. Ketika tu nangis disebabkan berebut basikal dengan kakak dia kot!!

Tuesday, February 16, 2010

Keluarga yang ibu sayangi.............................

Assalamualaikum...kali ini karangan ibu buat anak-anak dan suami tersayang. Bukan apa sempena cuti Chinese New year, ibu terpaksa bertugas. Ayah yang terpaksa menjaga anak-anak, ibu tau anak-anak ibu lasak dan aktif belaka. Ayah berkorban demi tugas ibu, terima kasih banyak ibu khas untuk ayah. Sebelum Kahwin lagi kami sudah berjanji kena faham dengan tugas masing-masing. Alhamdulillah...setakat ini kami masih boleh bertolak ansur, cuma sekarang anak ibu dah bertambah seorang lagi. Ibu risau ayah tak mampu nak jaga anak seramai 3orang di rumah serentak. Tapi tidak sebegitu...ayah mampu menjaga dan melayan karenah anak-anak!! hehe ibu sayang keluarga ibu semua. Sebelum pergi kerja..sempat ambil gambar dengan anak-anak. Tengoklah kerenah anak-anak kita bang............
Jom roll gambar anak-anak kita!
*
*
*
*
*

Tengok..ibu nak g keje pun nak ikut. Tak boleh la sayang, tinggal dengan ayah sekejap yer...Bye, doakan ibu selamat menjalankan tugas demi mencari rezeki untuk anak-anak ibu jugak.

Ciku...............cak!!

Monday, February 15, 2010

Istana.....

Assalamualaikum...abah dan umiku, kemanakah gerangan mereka ini. Ampun patik beribu-ribu ampun sembah patik harap diampun. Segak tuan hamba bergaya kemanakah agaknya hala tuju tuan hamba ini.?? Sebenarnya abah dan kawan-kawan yang seangkatan dengannya telah terpilih dan mendapat sokongan juga dari pegawai atasan untuk menerima anugerah dari Yang DiPertuan Agong. Anugerah apa tu??Datuk, dato, PJK????
*
*
*
*
Sebelum bertolak ke Istana, sempat bergambar di dalam Hotel. Sebelah kanan, adikku yang ke 5 turut menemani abah dan umi dalam perjalanan ke KL. Tapi tak boleh masuk ke Istana, hanya seorang sahaja dibenarkan masuk. Tentunya pasangan masing-masing dibawa untuk menemani.
*
*
*
Tiba masa umtuk menjamu selera, setelah selasai aturcara majlis. Umi tak lepaskan peluang untuk santap dahulu. Sian mi..lapar menunggu kan!!
*
*
*
Bergambar kenangan lagi..Bukan selalu!
*
*
*
Abah tak lepas peluang bergambar denagn sahabat lama..
*
*
*
Sementara menunggu bas datang ambil..kasi gambar 1 keping!!Letih wo pegang gulungan sijil tu.
*
*
*
Setelah...30tahun lebih abah berkhidmat dalam PDRM, orang nampak jasanya. Alhamdulillah abah terpilih untuk terima pingat dari Yang Dipertuan Agong.
mesti semua tertanya-tanya pingat apa tu...Datuk? o..sudah tentu, ada 3 cucu tau!! apapun sempena pingat jasa untuk POlis..Pingat Bintara telah abah terima. Gambar terakhir dalam kawasan Istana bersama kekasih hati abah. Atas sokongan isteri jugalah abah masih berkhidmat dan bertahan sehingga kini. Dalam 5tahun pencenla usia 58tahun Insya-Allah!!

Sunday, February 7, 2010

PROJEK ALAM FAUNA................

Abah dan umiku ke projek alam fauna di Pengkalan Chepa..Menikmati alam hijau!!


*
*
*
Menikmati keindahan tumbuh-tumbuhan alam semesta ini, ada pameran sempena projek dari pekebun-pekebun kecil. Kalau kita tidak sokong siapa lagi nak sokong pekebun kita kan..jom kita tgk beberapa pokok yang dirakam oleh Amin.(adik bongsuku da..)
*
*
Tengok betapa kreatif, pokok pun boleh dijadikan bentuk. Bentuk binatang pulak tu...kita boleh ke buat tuh??? tak mampu kot.
*
*
Letih la umi..dok rehat jap, tak lepas peluang ambik gambar dengan Amin la tuh.
*
*
E........ada ya, nama pokok gitu!!
*
*
Ha...nila yang paling best, tak podas tak sodap masak cili api wo!!
Apapun beginilah cara penjagaan pokok yang sentiasa subur, sedap mata memandang. Tapi nak kena rajin jaga lah kan. Dibaja, disiram, dibelek..yela mana tau ada ulat mengganggu..
Itulah saja yang dapat kita kongsi bersama. Siapa yang rajin menanam dan berminat adalah lebih baik menanam sendiri dari membeli saja kan..untung-untung kita tau khasiatnya, tanam sendiri tentu dah tak letak racun. Mungkin letak baja sahaja. Sendiri yang nak makan hasilnya..pandai-pandaila kita jaga..

Wednesday, February 3, 2010

.................JOM MEMANCING.................

Hai semua....acik-acik, jom pancing ikan nak? Hehe...aktiviti kakak di petang hari,
ikut ayah le.
*
*
*
*

E.....ada ikan ke ni, ala pancing kakak jatuh la. kakak tak larat pegang..berat tau.
*
*
*
Hehe...ikan tak dapat lagi, tapi ayah dapat 2 ekor ikan duri..hikhik!!
seronoknya ikut ayah g mancing...jom le!!