Thursday, February 25, 2010

Rezeki Allah ada dimana-mana....

 *
*
*
Kali ni gambar siapa pula ku attach yer. ? Ha ni gambar kakak angkatku Kak Mie, saja ku abadikan di dalam Blog kesayangan ku sebagai kenangan di hari muka. Kak Mie talah lama kukenali semasa sama-sama menuntut di IKU kedah dulu. Lebih kurang tahun 1997 kalu tak silap. dari situ kami terus rapat dan sentiasa berhubung. Kak Mie tinggal dan menetap di Terengganu bersama suami dan anak tercinta. Sebenarnya bukan apa... Kak Mie dah lama berkahwin tapi rezeki mempunyai zuriat setelah 10 tahun pernikahannya. Jadi Nasuha yang di dalam gambar adalah permata hati mama dan papanya sekarang. Setelah 10 tahun menanti...akhirnya kesabaran ke 2 suami isteri ini mendatangkan rezeki kepada mereka. Kami semasa mengandung dulu mendapat tarikh bersalin (due date) yang sama iaitu 25 mac 2008 tetapi alhamdulillah Kak Mie mendahuluiku. Nasuha lahir pada 17 Mac 2008 sementara aku melahirkan Nadia pada 22 Mac 2008. Hubungan kami semakin rapat apabila sentiasa bertukar-tukar tanya perkembangan ank masing-masing. Suami tercintanya bernama Sanusi..ada rupa Salem Iklim tak, hehe!! Apapun selepas ini moga ada lagi rezekinya untuk mempunyai anak..ameen!!

No comments:

Post a Comment