Saturday, August 13, 2011
DIA PERGI BUAT SELAMANYA
Assalamualaikum...petang Jumaat bersamaan 12hb 8, aku terima mesej melalui telefon dari Kak Pah teman rapat sewaktu di Langkawi dulu. Suaminya iaitu abg Jat sedang tenat di Hospital Langkawi ketika itu. Tapi dek kerana sibuk dengan tugas harian aku tidak berkesempatan untuk menghubungi Kak Pah secepat mungkin untuk bertanya khabar. Keesokkan selepas Subuh aku menghubungi Kak Pah untuk bertanya apa khabar abg Jat...tidak kesampaian kerana laju Kak Pah bertanya, "sudah tau ke?" Aku dengan rasa bersalah mngatakan "ada terima mesej semalam." Rupanya jam 3pagi tadi iaitu bersamaan 13.8.2011, abg Jat telah kembali ke rahmatullah dalam usia 53tahun. Tanpa aku duga terus mengalir air mata mengenangkan dugaan yang terpaksa Kak Pah terima sempena Bulan mulia ini iaitu di Bulan Ramadhan. Namun Kak Pah kuat dan tabah demi anak-anaknya seramai 3orang yang mana semua masih lagi belajar. Aku sedih mengenangkan arwah seorang yang baik dan suka menolong orang dan ketika aku di Langkawi, merekalah yang banyak membantu kerana aku sebatang kara di situ disebabkan tugas aku menjejakkan kaki ke Langkawi pada Januari 2003. Moga Allah menempatkan arwah abang Jat dalam golongan orang-orang yang beriman...amin!!
Wednesday, June 15, 2011
Teringinnya aku.........
Assalamua'laikum...lama tak aktif blog ku ini. bukan apa masa dan keadaan yang tidak mengizinkan. Bukan tak teringin nak berblogger mcm dulu tapi anak semakin membesar ni...senantiasa la nak kacau ibu dia nih menekan sama keyboard laptop nih!! ajer dah beranak 4 teman sekarang ni, lagila weh!!!!
Cerita...bukan tak ada...tapi dah tertangguh setahun dah kan..last post dulu Jun 2010. Sekarang tak sangka Jun 2011 menjelma suda!!
Sekarang aku sudah mempunyai 4orang cahaya mata pemberian DariNya..Alhamdulillah!!!!
Nak aktif blog ni semula???? tengok la kesempatan yang ada nanti, sekarang aku masih bercuti sempena bersalin pada 13 April 2011. Ada lagi 1bulan cuti aku...ha!!!! takut nak masuk kerja semula, mesti rindu kat baby Ekhwan ibu kena tinggal...erm, dah jadi ibu berkerjaya kan, kena tempuhla dugaan ini. Susu pasti membengkak...hwa..hwa...Harap-harap bos baru ibu nanti memahami situasi ibu yang baru lepas bersalin nih...amin!!!
Cerita...bukan tak ada...tapi dah tertangguh setahun dah kan..last post dulu Jun 2010. Sekarang tak sangka Jun 2011 menjelma suda!!
Sekarang aku sudah mempunyai 4orang cahaya mata pemberian DariNya..Alhamdulillah!!!!
Nak aktif blog ni semula???? tengok la kesempatan yang ada nanti, sekarang aku masih bercuti sempena bersalin pada 13 April 2011. Ada lagi 1bulan cuti aku...ha!!!! takut nak masuk kerja semula, mesti rindu kat baby Ekhwan ibu kena tinggal...erm, dah jadi ibu berkerjaya kan, kena tempuhla dugaan ini. Susu pasti membengkak...hwa..hwa...Harap-harap bos baru ibu nanti memahami situasi ibu yang baru lepas bersalin nih...amin!!!
Sunday, June 20, 2010
KUNJUNGAN TEMAN LAMAKU.....
ASSALAMUALAIKUM.....lama sungguh lamanku ini tak terusik. Rindu...bukan tak rindu tapi apa kan daya masa tak mengizinkan dan macam-macam halangan.
N3 kali ini setelah lama tak ke udara ialah rasa terharu dan hargai sangat kunjungan sahabat lamaku iaitu Lily dan suaminya abg Lee pada penghujung bulan Mei lepas. Terakhir kami jumpa dulu tak silap pada 3 tahun yang berlalu. Sama-sama pernah bekerja di sebuah Industri elektronik sebagai QA Inspector...hehe zaman tu, zaman bujang lagi. banyak kenangan manis dan pahit kami tempuhi ketika itu. Aku melewati zaman kegawatan ekonomi pada waktu itu dan pulang dari Kedah(setelah 2 tahun belajar di sana). Oleh kerana tiada pekerjaan yang sesuai dan tidak mahu memilih kerja, aku terus terima sahaja kerja di Kampar dan kami mula mengenali.
Sehingga kini persahabatan kami masih akrab dan akan terus berhubung, Insya-Allah!!
Terima kasih atas kunjungan kalian ke teratak kami tempoh hari, tunggu giliran kami menjengah kalian pulak.
Zoom gambar yang sempat kami rakam...zas!!!
*
*
*
Saturday, May 8, 2010
KENANGAN 16 TAHUN DULU MENGUSIK JIWAKU KEMBALI...
Salam kawan-kawan yang sangat kusayangi. Rasa hati begitu terusik dek kenangan 16 tahun dahulu. Sedar tak sedar kita masing-masing telah mempunyai keluarga, ada suami, anak-anak...tapi Zulita masih sorang lagi anaknya dan sedang berusaha kan..Hehe, jangan marah duhai teman. Gambar yang di atas sekali tu..tak silap Hari Raya Puasa kan, dan lokasi ketika itu di rumah sahabat kita Noorzi ( 2 dari kanan) di Kampung Kinta Valley Batu 4 Jalan Tg.Tualang Perak.
Gambar ke 2- Adoi...begitu sayu dan indah untuk dikenang kerana waktu itu kita masing-masing berusia 17 tahun (sweet seven teen). Sayu kerana tidak sangka persahabatn yang terjalin ketika itu adalah sehingga kini dan moga untuk selamanya!! Kita masih terus berhubung dan tidak pernah kenal erti jemu ( hehe ajer ayat..power beb)
Dari kiri: Yanti, Nor, aku, Zulita dan Noorzi (di hadapan)
Lokasi: Kuala Woh, Tapah
Gambar ke 3- Ahaks....rombongan yang kami sertai ke Cameron. E....masa tu best sangat almaklum aku 1st time pergi sana. Dapat pulak pergi dengan member-member satu kepala!!Adoi apa nak kata kan..
*
*
*
*
*
*
*
Alahai...kawan-kawan, gambar ni memang manis untuk dikenang sebab apa yer? Dapat bergambar dengan cikgu cute, hehe!
Dari kiri : Yanti, Noorzi, Cikgu.....(lupa la nama), aku, Nor dan Aton.
Apapun kenangan manis itu begitu manis dan indah untuk dikenang selalu.
Friday, April 30, 2010
Giveaway Birthday Present for My Baby from Mama Icha
NAMA : ASNUR NADIHA ATHIRAH BT SUDIRMAN
TARIKH LAHIR : 29.09.2009
UMUR : 7 BULAN
TEMPAT LAHIR : SERI MANJUNG, PERAK
BERAT : 3.43KG ( SKRG 8.4KG)
PANJANG : 49CM (SKRG 70CM)
NAMA IBU : ARMASAIDA BT A.RAHMAN
Assalamualaikum..demam contest lagi ibu ni. Alhamdulillah, anak ibu Athirah dah masuk 7 bulan. Dah pandai apa? Amboi si kecik ibu ni dah pandai duduk tapi tak pandai balance lagi la, tapi kaki dia kuat dah nak berdiri kat sofa...Teringat waktu sarat menunggu masa untuk lahirkan Athirah bulan puasa yang baru lepas..dapat ibu makan pelbagai juadah dulu sebelum bersalin pada date di atas iaitu selepas Aidiilfitri. Memang dalam hati nak sangat date yang cantik untuk lahirkan dia walaupun due date 28.9.2009, tapi tuhan makbulkan impian ibu. Jam 5.06pagi, 29.9.09 lahirlah baby ke 3 ibu!!
Sunday, April 25, 2010
PERGINYA BELIAU UNTUK SELAMANYA......
Assalamualaikum...sayu rasa hati meskipun tiada ikatan tali persaudaraan namun turut terusik hatiku kerana yang telah kembali kepadaNya adalah rakan seperjuangan abahku. Yang juga bapa kepada sahabatku di waktu kecil dahulu. Kami pernah sama-sama tinggal di Berek Polis Tronoh Perak lebih kurang tahun 1980an. Memang aku masih terlalu kecil waktu itu untuk mengingati saat-saat aku diminta olek makcik Bi iaitu ibu kepada sahabatku itu yg ku panggil Wati untuk menemani tidur di rumah mereka apabila abah kami masing-masing terpaksa masuk hutan menjalani latihan polis hutan. Umiku membenarkan kerana dirumah kami, adik lelakiku pula menemani umi. Sedangkan Wati belum mempunyai adik-adik lain. Arwah Pakcik Din atau nama sebenarnya Shamsudin baik orangnya semasa ada hayatnya dulu, cuma dia garang sikit..biasalah orang lelaki dalam usia 20an ketika itu. Dia telah pergi untuk selamanya pada 20.4.2010 yang lalu. Perginya beliau begitu cepat sekali kerana tiada sakit yang teruk dialami melainkan telah lama mengidap kencing manis, akhirnya beliau pergi pun kerana penyakit itu juga. Moga Allah mencucuri rahmat ke atasnya dan sesiapa mengenali beliau Sarjan Shamsudin yang bertugas di IPD Ipoh Perak agar dapat memaafkan kesalahan beliau selama ada hayatnya dan sama-sama kita sedekahkan Al- Fatihah kepada rohnya. Insya-Allah!!
BABY IN BLUE CONTEST
*
*
*
*
*

Salam...hehe ibu dah giler contest lak kali nih...Apapun bkn untuk sape, untuk anak-anak ibu jugak. Kali ni ada contest lagi dari http://girlperak.blogspot.com/
Nak cari biru semua, gambar camtu tak dek. Pakai baju biru pun jadikla kan..kak cik!!
NAMA : ASNUR NADIA ZULAIKHA BT SUDIRMAN
UMUR : 2 TAHUN 1 BULAN
KATEGORI : GIRL (A)
NAMA IBU : ARMASAIDA BT A.RAHMAN
EMEL : ars9777@yahoo.com
2. Copy and paste the banner above and link state Kat Kat sidebar unty / uncle Yea
3. Terbuka pada 2 kategori iaitu kategori GIRL(A) and kategori BOY(B)
4. Upload satu keping gambar anak/anak saudara unty/uncle( sekeping je tau)
5. Umur anak mestila dari 0-3tahun masa gambar di tangkap.
6. Sertakan sekali nama baby,umur And kategori tau.
7. Dah siap wat N3 tinggalkan link di bahagian komen yea unty/uncle
8. Insyaallah mom would mind telling me the winner on May 3, 2010
9. Hanya satu pemenang je akan dipilih bagi setiap kategori
10. Tarikh tutup penyertaan ialah ; 30 April 2010 jam 4 petang
Subscribe to:
Posts (Atom)