Saturday, August 13, 2011

DIA PERGI BUAT SELAMANYA

Assalamualaikum...petang Jumaat bersamaan 12hb 8, aku terima mesej melalui telefon dari Kak Pah teman rapat sewaktu di Langkawi dulu. Suaminya iaitu abg Jat sedang tenat di Hospital Langkawi ketika itu. Tapi dek kerana sibuk dengan tugas harian aku tidak berkesempatan untuk menghubungi Kak Pah secepat mungkin untuk bertanya khabar. Keesokkan selepas Subuh aku menghubungi Kak Pah untuk bertanya apa khabar abg Jat...tidak kesampaian kerana laju Kak Pah bertanya, "sudah tau ke?" Aku dengan rasa bersalah mngatakan "ada terima mesej semalam." Rupanya jam 3pagi tadi iaitu bersamaan 13.8.2011, abg Jat telah kembali ke rahmatullah dalam usia 53tahun. Tanpa aku duga terus mengalir air mata mengenangkan dugaan yang terpaksa Kak Pah terima sempena Bulan mulia ini iaitu di Bulan Ramadhan. Namun Kak Pah kuat dan tabah demi anak-anaknya seramai 3orang yang mana semua masih lagi belajar. Aku sedih mengenangkan arwah seorang yang baik dan suka menolong orang dan ketika aku di Langkawi, merekalah yang banyak membantu kerana aku sebatang kara di situ disebabkan tugas aku menjejakkan kaki ke Langkawi pada Januari 2003. Moga Allah menempatkan arwah abang Jat dalam golongan orang-orang yang beriman...amin!!

No comments:

Post a Comment