Monday, November 23, 2009

SELAMAT BERTUGAS DI TEMPAT BARU

Setelah lebih kurang 3 tahun En.Ridzuan Rayman iaitu bos kami bertugas di manjung, akhirnya tugas beliau berakhir dalam panghujung bulan ini. Bos akan bertukar semula ke JPJ Ipoh…memang tak jauh dari Manjung tapi hakikat sebenar beliau tidak jadi bos kami lagi. Apapun terima kasih di atas segala jasa beliau di JPJ Manjung yang telah berlaku banyak perubahan dalam masa yang agak singkat itu. Seperti contoh yang ketara…kami dah ada parking kereta yang berbumbung sendiri, tak perlu berpanas seperti sebelum ini. Ada kantin, bilik rekod yang cantik dan besar, unit penguatkuasa yang telah diubahsuai menjadi agak besar dan macam-macam lagi. Terima kasih dan jasa beliau tentu tidak dilupakan oleh staf JPJ Manjung. Mohon maaf dari kami staf di sini jika ada kesilapan atau kelakuan yang tidak menyenangkan. Semoga kita buang yang keruh ambil yang jernih…………








No comments:

Post a Comment