Thursday, October 31, 2013

Assalamualaikum......
Testing...testing, biar betul lama tak bersiaran ni. Tiba-tiba try on blog n boleh pulak!!!!
Sebelum ni dah try tapi tak boleh sign in...huhu.
Insya Allah lepas ni..bole masuk cerita semula untuk kenangan keluarga kami.
Bye....


Saturday, September 24, 2011

HAMPIR TERPEDAYA

Gambar sekadar selingan di Hari Raya Aidilfitri pertama Gambar ke 2..candid jer!!

Assalamualaikum..masih sempat ku ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua kawan-kawan dan para pembaca di luar sana. Kita masih di Bulan Syawal dan Bulan ini akan berakhir pada 28hb Sept ini.
               Alkisahnya, dalam 2 atau 3 hari lepas aku terima satu panggilan telefon dari area KL..Suara perenmpuan berkumandang di corong nset ku. Katanya dia membuat panggilan dari sebuah Syarikat penerbangan. Tidak perlulah ku nyatakan Syarikat penerbangan yang mana. Kononnya ingin menawarkan 'Free Voucer' kerana aku adalah salah seorang pelanggan yang bertuah.
Dipendekkan cerita, aku namakan perempuan itu sebagai 'S' telah menawarkan plan ke 2 iaitu insurans nyawa yang menarik pada pendengaranku. Hatiku sudah tertarik tapi terdetik juga hati ini.."adakah ini satu panggilan palsu??" Tapi tak mungkin sebab dia 'S' telah berterus terang memperkenalkan dirinya dari syarikat penerbangan yang kukuh. Dalam hati berkata.."takkan lah dia nak tipu kot!!!"
Jadi, 'S' minta aku berikan bank yang bole buat potongan untuk insurans tersebut. Dengan lancang aku bagitahu...Maybank atau Bsn. Pantas 'S' minta nombor kad Maybank ku kerana senang berurusan dengan Maybank lah konon!! Aku tidak curiga kerana dia tidak minta nombor akaun ku. Sempat 'S' berpesan pada aku, "kami memang tak boleh minta nombor akaun pelanggan tapi cuma nak nombor ahli pada kad sahaja. Aku tanpa curiga sekali lagi telah membaca nombor tersebut tapi aku salahkan 2 atau 3 nombor. 'S' tidak puas hati kerana dia cuba masukkan nombor tersebut tetapi bacaan 'INVALID'. Sedaya upaya dia minta aku baca dengan betul tapi aku tetap bacakan silap tetapi kali ini cuma silapkan 1 angka. Masih 'S' tidak dapat detect kad aku. Last, aku semakin curiga kerana dia beria nak juga nombor tersebut. Aku bagi alasan, minta dia call semula kerana aku nak call Maybank minta pengesahan nombor sebenar.
                   Rupanya memang aku hampir terpedaya sebab nombor tersebut memang tidak boleh didedahkan. Dalam sekelip mata duit dalam akaun akan hilang..Ya rabbi, punyalah aku bersyukur tindakan aku untuk call maybank adalah jawapannya!!
Aku harus berhati-hati selepas ini. Dan pada kawan-kawan semua, janganlah mudah terpedaya seperti aku konon percaya bahawa 'S' memang ingin menawarkan yang terbaik pada aku sebagai salah seorang pelanggannya. Aku telah pun menukar kad Maybank yang baru dan lupus segala detail dalam akaun maybank2u. Ini adalah pengajaran berguna kepada semua.


Saturday, August 13, 2011

DIA PERGI BUAT SELAMANYA

Assalamualaikum...petang Jumaat bersamaan 12hb 8, aku terima mesej melalui telefon dari Kak Pah teman rapat sewaktu di Langkawi dulu. Suaminya iaitu abg Jat sedang tenat di Hospital Langkawi ketika itu. Tapi dek kerana sibuk dengan tugas harian aku tidak berkesempatan untuk menghubungi Kak Pah secepat mungkin untuk bertanya khabar. Keesokkan selepas Subuh aku menghubungi Kak Pah untuk bertanya apa khabar abg Jat...tidak kesampaian kerana laju Kak Pah bertanya, "sudah tau ke?" Aku dengan rasa bersalah mngatakan "ada terima mesej semalam." Rupanya jam 3pagi tadi iaitu bersamaan 13.8.2011, abg Jat telah kembali ke rahmatullah dalam usia 53tahun. Tanpa aku duga terus mengalir air mata mengenangkan dugaan yang terpaksa Kak Pah terima sempena Bulan mulia ini iaitu di Bulan Ramadhan. Namun Kak Pah kuat dan tabah demi anak-anaknya seramai 3orang yang mana semua masih lagi belajar. Aku sedih mengenangkan arwah seorang yang baik dan suka menolong orang dan ketika aku di Langkawi, merekalah yang banyak membantu kerana aku sebatang kara di situ disebabkan tugas aku menjejakkan kaki ke Langkawi pada Januari 2003. Moga Allah menempatkan arwah abang Jat dalam golongan orang-orang yang beriman...amin!!

Wednesday, June 15, 2011

Teringinnya aku.........

Assalamua'laikum...lama tak aktif blog ku ini. bukan apa masa dan keadaan yang tidak mengizinkan. Bukan tak teringin nak berblogger mcm dulu tapi anak semakin membesar ni...senantiasa la nak kacau ibu dia nih menekan sama keyboard laptop nih!! ajer dah beranak 4 teman sekarang ni, lagila weh!!!!
Cerita...bukan tak ada...tapi dah tertangguh setahun dah kan..last post dulu Jun 2010. Sekarang tak sangka Jun 2011 menjelma suda!!
Sekarang aku sudah mempunyai 4orang cahaya mata pemberian DariNya..Alhamdulillah!!!!
Nak aktif blog ni semula???? tengok la kesempatan yang ada nanti, sekarang aku masih bercuti sempena bersalin pada 13 April 2011. Ada lagi 1bulan cuti aku...ha!!!! takut nak masuk kerja semula, mesti rindu kat baby Ekhwan ibu kena tinggal...erm, dah jadi ibu berkerjaya kan, kena tempuhla dugaan ini. Susu pasti membengkak...hwa..hwa...Harap-harap bos baru ibu nanti memahami situasi ibu yang baru lepas bersalin nih...amin!!!

Sunday, June 20, 2010

KUNJUNGAN TEMAN LAMAKU.....

ASSALAMUALAIKUM.....lama sungguh lamanku ini tak terusik. Rindu...bukan tak rindu tapi apa kan daya masa tak mengizinkan dan macam-macam halangan.
N3 kali ini setelah lama tak ke udara ialah rasa terharu dan hargai sangat kunjungan sahabat lamaku iaitu Lily dan suaminya abg Lee pada penghujung bulan Mei lepas. Terakhir kami jumpa dulu tak silap pada 3 tahun yang berlalu. Sama-sama pernah bekerja di sebuah Industri elektronik sebagai QA Inspector...hehe zaman tu, zaman bujang lagi. banyak kenangan manis dan pahit kami tempuhi ketika itu. Aku melewati zaman kegawatan ekonomi pada waktu itu dan pulang dari Kedah(setelah 2 tahun belajar di sana). Oleh kerana tiada pekerjaan yang sesuai dan tidak mahu memilih kerja, aku terus terima sahaja kerja di Kampar dan kami mula mengenali.
Sehingga kini persahabatan kami masih akrab dan akan terus berhubung, Insya-Allah!!
Terima kasih atas kunjungan kalian ke teratak kami tempoh hari, tunggu giliran kami menjengah kalian pulak.
Zoom gambar yang sempat kami rakam...zas!!!


*
*
*

Saturday, May 8, 2010

KENANGAN 16 TAHUN DULU MENGUSIK JIWAKU KEMBALI...

Salam kawan-kawan yang sangat kusayangi. Rasa hati begitu terusik dek kenangan 16 tahun dahulu. Sedar tak sedar kita masing-masing telah mempunyai keluarga, ada suami, anak-anak...tapi Zulita masih sorang lagi anaknya dan sedang berusaha kan..Hehe, jangan marah duhai teman. Gambar yang di atas sekali tu..tak silap Hari Raya Puasa kan, dan lokasi ketika itu di rumah sahabat kita Noorzi ( 2 dari kanan) di Kampung Kinta Valley Batu 4 Jalan Tg.Tualang Perak.
Gambar ke 2- Adoi...begitu sayu dan indah untuk dikenang kerana waktu itu kita masing-masing berusia 17 tahun (sweet seven teen). Sayu kerana tidak sangka persahabatn yang terjalin ketika itu adalah sehingga kini dan moga untuk selamanya!! Kita masih terus berhubung dan tidak pernah kenal erti jemu ( hehe ajer ayat..power beb)
Dari kiri: Yanti, Nor, aku, Zulita dan Noorzi (di hadapan)
Lokasi: Kuala Woh, Tapah
Gambar ke 3- Ahaks....rombongan yang kami sertai ke Cameron. E....masa tu best sangat almaklum aku 1st time pergi sana. Dapat pulak pergi dengan member-member satu kepala!!Adoi apa nak kata kan..
*
*
*
*
*
*
*
*
Alahai...kawan-kawan, gambar ni memang manis untuk dikenang sebab apa yer? Dapat bergambar dengan cikgu cute, hehe!
Dari kiri : Yanti, Noorzi, Cikgu.....(lupa la nama), aku, Nor dan Aton.
Apapun kenangan manis itu begitu manis dan indah untuk dikenang selalu.

Friday, April 30, 2010

Giveaway Birthday Present for My Baby from Mama Icha



NAMA : ASNUR NADIHA ATHIRAH BT SUDIRMAN
TARIKH LAHIR : 29.09.2009
UMUR : 7 BULAN
TEMPAT LAHIR : SERI MANJUNG, PERAK
BERAT : 3.43KG ( SKRG 8.4KG)
PANJANG : 49CM (SKRG 70CM)
NAMA IBU : ARMASAIDA BT A.RAHMAN

Assalamualaikum..demam contest lagi ibu ni. Alhamdulillah, anak ibu Athirah dah masuk 7 bulan. Dah pandai apa? Amboi si kecik ibu ni dah pandai duduk tapi tak pandai balance lagi la, tapi kaki dia kuat dah nak berdiri kat sofa...Teringat waktu sarat menunggu masa untuk lahirkan Athirah bulan puasa yang baru lepas..dapat ibu makan pelbagai juadah dulu sebelum bersalin pada date di atas iaitu selepas Aidiilfitri. Memang dalam hati nak sangat date yang cantik untuk lahirkan dia walaupun due date 28.9.2009, tapi tuhan makbulkan impian ibu. Jam 5.06pagi, 29.9.09 lahirlah baby ke 3 ibu!!